ISU ETIKA DALAM PENGGUNAAN ICT
Pada masa dulu, etika cuma dibahaskan pada peringkat teori, tetapi pada zaman yang serba moden ini harus diaplikasikan dalam bentuk amalan atau tindakan. Isu etika semakin banyak diperkatakan dalam era teknologi maklumat kerana teknologi telah mengubah sifat dan tabii etika.
(a) Cracker
-Merupakan golongan yang menceroboh ke dalam sistem komputer dan merosakkan sistem yang ada dengan tujuan untuk membuat keuntungan. Mereka tidak mencipta software atau perisian, tetapi mereka menggunakan perisian orang lain untuk tujuan kemusnahan. Tindakan mereka adalah sama sekali tidak beretika dan merupakan kerja yang tidak baik.
(b) Penyebaran virus dengan cara merosakkan sistem, data, software,melumpuhkan rangkaian komputer dan lain-lain lagi.
(c) Hak Cipta
-Memuat turun sebarang perisian atau dokumen tanpa kebenaran. Perkara ini telah menjadi perkara lumrah bagi masyarakat kerana hal seperti memuat turun muzik, lagu(MP3) dan movie tidak lagi asing bagi mereka. Sebanarnya keizinan daripada pemiliknya adalah perlu.
(d) Isu Utusan Dengan Namewee
-Utusan mengatakan sesuatu yang kurang baik tentang filem Nsi Lemak 2.0 di mana pengarah filem tersebut merupakan Namewee. Wartawan utusan tersebut dikatakan telah menyalahgunakan penggunaan ICT, begitu juga dengan etika Ict. Berita ini diuar-uarkan tidak kira melalui akhbar ataupun internet telah menarik perhatian orang ramai.
(e)Nicholas Allegran
-Comex merupakan nama samaran web yang digunakan oleh Nicholas. Nicholas telah berjaya menceroboh dan memasuki ke pprating system Apple. Beliau hanya berumur 19 tahun dan merupakan seorang yang hacker. Beliau juga yang memajukan dan menaik taraf jail Break 3.0 iphone dan ipad. Walaupun beliau merupakan genius dan kini telah diupah oleh syaraikat Apple untuk bekerja di sana. Tetapi, beliau tetap merupakan seorang hacker, iaitu penceroboh perisian Apple. Tindakan beliau tetap salah. Walaupun tindakan Nicholas ini bukan melakukan pencurian, tetapi beliau telah merosakkan Apple store. Di samping mencari kelemahan Apple dan secara tidak langsung telah menyebabkan syarikat Apple rugi.
RISIKO DALAM PENGGUNAAN ICT
Memang tidak dapat dinafikan teknologi ICT banyak membantu kita pada zaman globalisasi. Saya juga dapat berimaginasi bahawa jika tanpa kewujudan teknologi, manusia adalah tidak dapat hidup kerana teknologi telah banyak membantu mengurangkan beban hidup kita. Manusia kini telah terlalu bergantung kepada teknologi. Adalah sukar berpatah balik bagi mereka. Tetapi wujud juga keburukan semasa menggunakan teknologi seperti kerosakan fizikal peralatan, membawa kerugian yang besar kepada masyarakat atau pengguna apabila pemindahan modal yang besar.
Masalah E banking juga merupakan salah satu risiko dalam penggunaan ICT. Pembelian tiket penerbangan melalui e banking mempunyai risikonya. Kadangkala sistem masih belum mendapat bayaran daripada pembeli boleh menyebabkan pembeli mempunyai prasangka bahawa dia belum membuat bayaran. Tetapi pada masa yang sama, jumlah wang di bank juga telah 'dipotong'. Keadaan ini memang boleh menyebabkan hati pengguna tidak tenteram.
Rangkaian WWW membawa pengaruh negatif terhadap kehidupan bandar. Contoh pengeboman di bandar Oklahoma dipercayai hasil sebaran maklumat melaui internet.
Konteks Malaysia
-Maklumat kebencian berterbangan dalam rangkaian internet. Kesemuanya ditujukan kepada sesetengah pemimpin negara. Gejala ini berupaya menjanakan kebencian dan kekeliruan dalam kalangan pengguna internet yang mempercayai terus dengan maklumat yang diperolehi. Keadaan ini boleh mencetuskan kekacauan di dalam bandar. Rusuhan telah berlaku beberapa bulan lalu di sekitar Kuala Lumpur dan hal ini berpotensi dicetuskan selagi masyarakat tidak mempunyai pemikiran kritikal untuk menilai kesahihan maklumat tersebut.
Internet membawa maklumat lucah yang boleh menjanakan masalah sosial terutamanya jenayah. Rangkaian internet saluran tidak sihat. Pada tahun ini, di singapura terdapat 5 gadis dan 1 wanita telah dirogol oelh 'kawan' yang mereka kenali melalui internet atau telefon. Singapura merupakan 1 negara pengguna internet yang tinggi disebabkan dasar kerajaannya mengalakkan kecelikan komputer bagi menghadapi kemajuan abad ke-21.
Rujukan:
Sains pemikiran dan etika, penulis: Mardzelah binti Makhsin
No comments:
Post a Comment